Salam semua, saya sertakan imej-imej terbaru kek yang telah dibuat. ada yg menggunakan ising fondant.
Imej pertama ni Kek Sponge Durian. Musim durian ni boleh le buat sbb buah durian banyak. Mmmm.. yummie.
Ini pula kek kahwin dimana pelanggan memilih Kek Chocolate Moist dilapis dengan chocolate jam. Saya guna fondant icing untuk bagi tahan lama bawah panas.
Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Hospital Putrajaya saya telah menerima tempahan dari misi-misi di sana untuk majlis makan malam mereka. Apa lagi, bila fikir misi saya terus fikirkan kesihatan sebab itu keknya pun saya letak penuh dengan buah-buahan. Keknya saya buat jenis Sponge Vanilla tapi layered dengan chocolate swiss roll and blueberry filling. Topping dengan fresh cream dan longgokan buah pic, kiwi, longan, strawberry dan black raspberry. Last sekali atas buah-buah tu saya siramkan dengan jelly. Mmmmm....sedappp.
Ini satu lagi kek kahwin guna fondant icing. Customer bawa balik ke Pahang untuk wedding kakak dia. Harus keknya berseri-seri.
No comments:
Post a Comment